icon-search
icon-search

Ibrah Alam : Kayu Ciptaan Allah

Tahukah anda yang kayu juga disebut dalam Al-Quran?

ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ

Maksudnya: Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?
(QS Al-Waqiah : 72)

Daripada ayat ini kita dapat tahu bahawasanya Allah yang Maha pencipta yang mampu menciptakan segalanya di muka bumi ini [1].

Untuk pengetahuan semua, kayu merupakan himpunan sel yang dihasilkan oleh pokok untuk berperanan sebagai fungsi fisiologi dimana ia berkait rapat dengan proses kehidupan pokok. Fungsi utama kayu adalah untuk mengalirkan air dan larutan garam mineral terlarut dari akar ke daun semasa proses fotosintesis iaitu untuk penghasilan makanan [2]

Selain itu, ia juga dapat menyimpan dan penyebaran bahan makanan simpanan dan menguatkan pokok secara keseluruhan. Antara sel yang paling penting adalah floem dan xylem. Bagi pokok muda, kesemua batang adalah terdiri dari kayu gubal dan oleh itu sel pada seluruh batang adalah aktif dalam menyimpan dan mengalirkan sap dan simpanan makanan. Namun begitu, apabila sel menjadi semakin tua, sel tersebut mati dan membentuk berbagai bahan seperti resin, tanin dan gam.

Kayu terbahagi kepada kayu softwood dan kayu hardwork. Contoh kayu softwood seperti pinus merkusii dan pinus insularis. Manakala contoh kayu hardwood ialah acacia, leomarkia cadamba, kelempayan dan jati. Ramai pengkaji mengkaji sifat asas kayu seperti sifat anatomi, kimia dan fizikal kayu. Hai ini penting untuk mengetahui ciri –ciri asas bagi sesuatu species kayu tersebut. Selain itu ia juga penting untuk mengetahui kesesuaian untuk menghasilkan sesuatu produk. Sifat kimia kayu boleh diuji melalui kandungan selulosa, hemiselulosa, lignin dan zat ekstraktif [3]

Ibrah yang boleh kita belajar daripada kayu ini adalah setiap ciptaan Allah adalah tidak sia-sia. Oleh itu, kita sebagai makhluk ciptaan Allah yang terbaik haruslah menjalankan amanah yang diberi untuk menjalankan amar maaruf dan nahi mungkar didunia ini sebaiknya. Insya-Allah.

Rujukan:
[1]  Mikdar Rusdi, Shah Rul Anuar Nordin, Hussain Othman, Abd Shakor Borham, Mohd Hisyam Abdul Rahim, and Halimi Mohd Khalid, “Flora Dan Fauna Dalam Al-Qur’an Dan Al-Hadis,” Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transform., no. January, pp. 57–80, 2018.
[2]  L. Karlinasari, A. T. Lestari, and T. Priadi, “Evaluation of surface roughness and wettability of heat-treated , fast-growing tropical wood species sengon ( Paraserianthes falcataria ( L .) I . C . Nielsen ), jabon ( Anthocephalus cadamba ( Roxb .) Miq ), and acacia ( Acacia mangium Willd .),” Int. Wood Prod. J., vol. 0, no. 0, pp. 1–7, 2018.
[3]  L. Karlinasari, “Kajian Sifat Anatomi Dan Kimia Kayu Kaitannya Dengan Sifat Akustik Kayu Study of Anatomic and Mechanical Properties of Wood Relation With Acoustical Properties,” vol. 12, no. November 2010, pp. 110–116, 2016.



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.