icon-search
icon-search

Teori Big Bang Bukti Quran Terkedepan

Teori Big Bang Bukti Quran Terkedepan

Siapa tahu tentang Big Bang?

Bukan kumpulan idol K-Pop atau siri sitkom TV Amerika tu. Tapi, yang dimaksudkan di sini ialah teori permulaan alam semesta.

Apa itu teori Big Bang?

Teori Big Bang ni mengatakan bahawa alam ini asalnya bercantum dan hanya berukuran beberapa milimeter sahaja. Kemudiannya, berlaku letupan yang kuat sehingga terlahirlah bintang, planet, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini dicadangkan asalnya oleh Albert Einstein pada tahun 1915, dikembangkan oleh Alexander Friedmann (1922), dikukuhkan penemuannya oleh Edwin Hubble (1929) dan dikaji sehingga sekarang.

Tapi apa kaitan teori yang menjadi pegangan umum para saintis ini dengan Quran?

Dalam surah Al-Anbiyya' ayat 30 Allah berfirman:

أَوَلَمْ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَٰهُمَا ۖ

Maksudnya: "Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahuilangit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami telah pisahkan antara keduanya..."

Allah telah nyatakan dengan jelas dalam ayat ini bahawa asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum terpisah menjadi apa yang kita lihat sekarang.

Ayat ini Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad SAW kira-kira seribu tahun dahulu, namun penemuannya secara saintifik hanya berlaku ratusan tahun dahulu sahaja. Masya Allah, hebatnya Quran!

Dan ini juga bukti bahawasanya Quran ini mukjizat Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia. Hanya Allah yang memiliki semua ilmu di langit, di bumi, di lautan dan di daratan.

Rujukan:
- Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu
- Dr. Dainal Zainal Abidin, 2012, Quran Saintifik; Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.